top of page
  • Writer's pictureNihaba

PRN Melaka: Perbincangan agihan kerusi BN, PN masih diteruskan.

4 November

Perbincangan mengenai pengagihan kerusi untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka masih berjalan antara tiga parti iaitu UMNO, PAS dan BERSATU.

Perkara itu disahkan Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang menegaskan PAS tetap akan bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) dan terus cuba mengelak pertandingan tiga penjuru yang merugikan semua pihak.

Beliau berkata, PAS sebagai komponen PN sudah pasti bertanding atas tiket parti itu.


Beliau berharap ada kompromi, itu merupakan jalan terbaik kepada BN dan PN dan jika sebaliknya ,PN bersedia hadapi apa saja kemungkinan.


Sebelum ini, Tuan Ibrahim menegaskan soal permuafakatan UMNO, PAS dan BERSATU dalam menghadapi PRN Melaka lebih utama berbanding perebutan kerusi.


Kelmarin, PAS Melaka menyatakan bersedia menarik diri jika pertandingan di satu-satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berlaku pertandingan tiga penjuru.

Pesuruhjayanya, Datuk Kamarudin Sidek, dilaporkan berkata meskipun akur dengan keputusan penggunaan logo PN pada PRN Melaka, pihaknya tetap berusaha memastikan tidak akan berlaku pertandingan tiga penjuru.


Tuan Ibrahim berkata, selagi boleh PAS cuba meminimumkan risiko pertembungan tiga penjuru.


Ditanya kenyataan Kamarudin parti itu akan menarik diri jika berlaku persaingan tiga penjuru, Tuan Ibrahim berkata, perkara itu tidak timbul.dan disalah tafsir.


Mengenai Muafakat Nasional (MN) dengan tindakan PAS bertanding atas tiket PN, beliau berkata, MN tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai parti politik.

bottom of page