top of page
  • Writer's pictureNihaba

PRN Melaka: Perkasakan Platform Media Sosial Sepanjang Kempen – Dr Asyraf

Updated: Oct 27, 2021

27 Oktober 2021

Pemuda UMNO memperhalusi gerak kerja terutamanya tentang SOP yang baru dikeluarkan oleh KKM berkenaan dengan larangan-larangan kempen secara fizikal dan pelbagai garis panduan dari segi kempen.


“Kita juga akan mematuhi apa jua garis panduan sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) berlangsung nanti,” katanya pada sidang media di Menara Datuk Onn, di sini, hari ini.


Asyraf yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) seterusnya menjelaskan pihaknya menyantuni dan cuba meraih sokongan daripada rakyat terutama anak muda.


Asyraf seterusnya memberitahu strategi digital kempen akan terus dilipatgandakan kelak.


“Pemuda UMNO akan menggadakan dan memperkasakan strategi digital kempen. Ini satu strategi apabila berhadapan dengan pandemik dan berhadapan plihan raya.


“Kita nak pelbagaikan kempen melalui media digital secara terbuka di Facebook, Twitter, Instagram, TikTok mahu pun aplikasi media tertutup seperti Telegram dan Whatsapp dan sebagainya. Jadi itu yang kita akan guna strategi untuk diperkasakan, dan mekanisme ini boleh digunakan untuk pilihan raya akan datang.


“Pemuda UMNO telah mewujudkan satu pasukan khas untuk kempen pilihan raya ini dan model tersebut akan digunakan untuk kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan datang,” katanya lagi.


bottom of page