top of page
Writer's pictureArissa Azman

PRN Melaka : Pilih BN untuk kestabilan politik – Ab Rauf

13 NOVEMBER 2021

TANJUNG BIDARA: Pengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka perlu memilih pihak yang mampu memberikan kestabilan dalam pentadbiran kerajaan.


Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata beliau yakin rakyat negeri Melaka sudah dapat menilai kestabilan politik yang dibawa oleh BN.


“Rakyat dapat melihat dalam tempoh pentadbiran kini kita terpaksa melalui tiga kali pertukaran Perdana Menteri,” katanya ketika ditemui disini hari ini.


Menurut beliau di peringkat negeri Melaka juga sudah dua kali pertukaran ketua menteri sebelum ini sehingga kali ketiga yang memaksa dewan perundangan negeri dibubarkan.


“Rakyat perlu memilih BN untuk mendapat pulangan politik kerana hanya BN mampu memberikan kestabilan demi kemakmuran,” katanya.

Comments


bottom of page