top of page
  • Writer's pictureNihaba

PRN Melaka: PN ketengah 43 peratus calon muda

6 November

MELAKA – Perikatan Nasional (PN) hari ini mengumumkan akan bertanding di kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 Nov ini.

Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata daripada jumlah berkenaan, Bersatu akan bertanding di 15 kerusi manakala PAS lapan, dan Gerakan lima.

Perkara itu dinyatakan pada majlis pengumuman calon dan penyerahan watikah PRN Melaka PN di Shah Alam, Selangor hari ini.


Pada pengumuman itu, Ahli Parlimen Masjid Tanah yang juga Ketua Bersatu Bahagian Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin diumum sebagai calon bagi kerusi Tanjung Bidara, dan beliau dijangka berhadapan dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dari Barisan Nasional (BN) dan Zainal Hassan dari Pakatan Harapan (PH).

Turut diumumkan sebagai calon adalah Naib Presiden Bersatu Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen yang berpindah dari kerusi DUN Paya Rumput ke Telok Mas pada PRN berkenaan.


Sementara itu Pesuruhjaya PAS Melaka Datuk Kamaruddin Sidek kembali bertanding di kerusi DUN Duyong.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Kamarudin memperoleh 2,930 undi dalam saingan tiga penjuru menyaksikan DUN Duyong dimenangi DAP, Damian Baba Yeo yang memperoleh 7,642 undi, sekali gus turut menewaskan calon MCA, Lee Kiat Lee (4,747 undi).

Manakala Naib Presiden Gerakan yang juga Pengerusi Gerakan Negeri Melaka Datuk Seri Michael Gan Peng Lam bakal bertanding di Ayer Keroh.


Sementara di DUN Asahan, PN juga mempertaruhkan PN dari Gerakan yang akan diwakili oleh Presiden Majlis Belia India Malaysia (MIYC), Dhanesh Basil.

Bercakap mengenai latar belakang calon yang diketengahkan, Muhyiddin yang juga presiden Bersatu berkata 43 peratus calon berusia 40 tahun ke bawah dan sebahagian besarnya adalah golongan profesional serta berpendidikan tinggi. – Bernama

Σχόλια


bottom of page