top of page
  • newsatmy

PRN Melaka: PN ketengah calon muda dan pelbagai kaum

Updated: Oct 31, 2021

31 Oktober 2021

MELAKA: Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Perikatan Nasional(PN) akan memberi peluang kepada calon muda dalam gabungan itu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 November ini, Calon juga terdiri daripada pelbagai kaum dan berkelayakan.

Tambah beliau,calon kali ini terdiri daripada golongan muda lelaki dan wanita yang dijangka akan mendapat sokongan.

“Saya bagi jaminan calon-calon (PN) yang berkelayakan, orang-orang muda lelaki dan wanita, daripada pelbagai kaum ,” jelasnya.

Muhyiddin juga berkata,pembahagian kerusi akan diputuskan sebelum hari penamaan calon pada 8 November depan.


“Kita akan dan sedang bincang tapi belum lagi selesai, saya jangkakan akan dimuktamadkan sebelum hari penamaan calon,” katanya.Beliau memberi jaminan pembahagian kerusi dalam PN adil dan saksama.

Mengenai kenyataan Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man untuk menggunakan lambang parti itu menghadapi PRN Melaka, Muhyiddin perkara itu adalah pandangan peribadi.


Katanya, keputusan telah dibuat dalam mesyuarat PN untuk menggunakan satu logo dalam berdepan PRN Melaka "saya nak jelaskan dalam PN dan beberapa mesyuarat, kita dah sepakat bahawa parti-parti dalam gabungan ini akan gunakan satu simbol sahaja.


“Itu keputusan, sama ada itu akan disokong oleh mana-mana pihak parti, itu soal kedua.


“Tapi dalam PN, itu keputusan kita, jadi pandangan lain-lain itu pandangan peribadi dan tidak mengikat kita membuat apa apa pendirian untuk pandangan peribadi, kita buat keputusan atas dasar keputusan bersama,” katanya.

Sebelum ini UMNO memberi syarat kepada PAS menggunakan logo sendiri bertanding pada PRN itu jika mahu meneruskan kerjasama.


bottom of page