top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

PRN Melaka : PN mengalukan kerjasama dengan UMNO - Farid

20 Oktober 2021-DESARU

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 November ini sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.


PRN Melaka perlu diadakan selepas SPR menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka penggal ke-14.


Setiausaha Politik Menteri Kementerian Dalam Negeri, merangkap Ketua Bahagian BERSATU Kota Bharu dan juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Dato' Mohamed Farid Bin Mohamed Zawawi berkata agak mustahil untuk semua jentera PN bersiap sedia 100% untuk PRN Melaka nanti, tetapi semangat jentera PN di Melaka cukup tinggi dari sudut kesiapsiagaan untuk menghadapi PRU.


Beliau berkata, dengan sokongan daripada Menteri dan semua negeri, mungkin akan sedikit sebanyak membantu jentera PN untuk menjadi jentera yang terbaik dan membawa kemenangan di PRN Melaka nanti.


Ketika ditanya mengenai kerjasama di antara PAS, UMNO dan Perikatan Nasional (PN), beliau berkata tidak manis untuk beliau memberi komen dan pandangan mengenai perkara tersebut, walaubagaimanapun, PN harus rujuk kepada kenyataan daripada Presiden UMNO dimana PAS tidak lagi bersama UMNO dan Muafakat Nasional sudah tiada.


"Perpaduan dan kerjasama kita dengan parti PAS adalah pada tahap yang cukup baik dan saya yakin kita akan bersama PAS dalam PRN Melaka nanti,"


Beliau turut menyatakan bahawa agak susah untuk mengagak berapa kerusi yang PN akan kuasai nanti kerana PN mempunyai sasaran tersendiri iaitu berdasarkan maklumat, risikan dan juga inteligent yang mereka ada setakat ini.


"Saya rasa tak sesuai untuk saya menyebut sasaran tersebut dan mungkin ada baiknya soalan tersebut ditujukan kepada Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin,


"BERSATU bersama dengan PAS, Gerakan serta beberapa komponen parti daripada Sabah dan Sarawak dalam satu payung PN, sangat-sangat mengalukan UMNO bekerjasama dengan kita memperjuangkan politik melayu serta agenda melayu, bangsa dan negara,


"Pintu kita sentiasa terbuka untuk UMNO, pendek kata, dalam PRN Melaka nanti kita bersedia untuk berbincang dengan UMNO dan mengharapkan ketika PRN Melaka nanti hanya dua penjuru sahaja yang bertanding, iaitu PN dan juga Pakatan Harapan (PH)," tambahnya.


Beliau turut berkata, PN mempunyai kekuatan serta jentera dan strategi yang tersendiri yang boleh membawa kemenangan kepada PN.




bottom of page