top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

PRN MELAKA: Rakyat mangsa pihak rebut kuasa – Wan Saiful

12 NOVEMBER 2021

MELAKA: Akibat kerakusan kuasa beberapa pihak yang memerintah negeri Melaka sebelum ini, rakyat negeri itu kini terpaksa menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).


Berikut pandangan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Wan Saiful Wan Jan ketika diminta mengulas pandangan rakyat negeri Melaka kini.


“Rakyat Melaka sependapat dengan PN bahawa mereka tidak mahukan pilihanraya,” katanya.


Tambah Wan Saiful, PRN kali ini telah dipaksa keatas rakyat negeri Melaka akibat pertelagahan orang lain.


“Orang lain yang rebut jawatan, rakyat yang susah,” katanya.


Dalam menghadapi PRN Melaka kali ini, selain menekankan kepentingan rakyat mendapat maklumat yang sahih dari saluran yang betul, Wan Saiful sentiasa berpesan kepada jentera pilihanraya dan rakyat supaya mematuhi SOP dan menjaga keselamatan diri.


“Jaga penjarakkan, jaga kesihatan diri dalam usaha mereka mendapatkan maklumat yang tepat,” katanya.


Menurut Wan Saiful, calon-calon PN sentiasa bekerja keras menyampaikan maklumat yang benar kepada rakyat negeri Melaka.


“Saya yakin jika rakyat mendapat maklumat yang tepat, peuang PN untuk menang PRN Melaka kali ini amat cerah,” katanya.

bottom of page