top of page
Writer's pictureArissa Azman

PRN MELAKA : Rakyat tidak mahu PRN diadakan - Mas Ermieyati

25 OKTOBER 2021

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), YB Datuk Wira Hjh Mas Ermieyati binti Hj Samsudin berkata, rakyat tidak mahu Pilihan Raya Negeri (PRN), malah beliau sendiri tidak mahu PRN ini diadakan.


"Bila dalam keadaan pandemik dengan orang susah berniaga, tiada duit untuk beli beras, ada yang dibuang kerja, anak tiada peranti canggih untuk PdPR, itu semua sudah menjadi satu masalah, lepas itu kita hempuk lagi lagi dengan pembubaran parlimen, jadi rakyat rasa marah dengan keadaan yang berlaku,


"Tapi apa kita boleh buat? Pengunguman pun dah dibuat untuk diadakan PRN,


"Kita sebagai ahli parlimen mesti nak kekalkan ukhuwah, perpaduan dan kesaksamaan, tetapi ego yang ditunjukkan oleh mereka dan juga Zahid Hamidi noktah untuk BERSATU sedangkan Perdana Menteri sekarang diangkat dan disokong oleh Parti BERSATU," ujar beliau.


Walaubagaimanapun beliau berkata, mereka akan terus berkhidmat untuk masyarakat seperti apa yang diperkatakan oleh Presiden BERSATU, Tan Sri Mahiaddin Yassin dan akan bersiap sedia dengan apa-apa situasi yang akan berlaku nanti.


"Jadi saya ambil ketetapan untuk Parlimen Masjid Tanah, kita perkukuhkan jentera dan parti sekiranya apa-apa keputusan yang akan diputuskan oleh pucuk pimpinan parti nanti, kita sudah bersedia,


"Hari ini agak kritikal dan kita harus bagitahu pada rakyat apa situasi sebenar yang berlaku dan kita tak boleh berhenti berkhidmat kepada masyarakat," tambah beliau.

Comments


bottom of page