top of page
  • Writer's pictureMatha Ahmad

PRN Melaka: Sayap UMNO kemuka nama calon, tapi Rauf mungkin tidak bertanding

30 Oktober

Wanita UMNO negeri dilaporkan telah menyerahkan enam nama untuk diketengahkan sebagai calon.

Ketuanya, Datuk Latipah Omar berkata pemilihan nama calon dibuat ketua Wanita di enam bahagian pihaknya berharap 30 peratus wanita diberikan peluang menjadi calon PRN Melaka

. Bernama pula melaporkan Ketua Pemuda UMNO Melaka, Fairul Nizam Roslan pula berkata, pihaknya telah menyerahkan tujuh nama kepada pucuk pimpinan untuk dipertimbangkan sebagai calon PRN Melaka. “ Calon yang dipilih adalah berdasarkan penilaian dan petunjuk prestasi utama (KPI) dan mereka diletakkan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan tempat tinggal mereka. “Calon berkenaan juga merupakan ikon atau pemimpin masyarakat setempat yang berkelayakan dan dekat dengan masyarakat,” katanya.

Ketua Puteri UMNO negeri, Nurashiqin Alias pula berkata, sayap itu tidak ketinggalan mengemukakan tiga nama untuk dipilih sebagai calon yang mempunyai kriteria digariskan parti pada PRN Melaka. “Kalau UMNO hendak maju ke hadapan, kita perlukan orang muda untuk terus bersama dengan UMNO dan BN. Jadi, berilah peluang kepada calon muda agar kita dapat melahirkan kepimpinan muda yang lebih baik di masa hadapan,” katanya.


Maklumat dari sumber dalaman,Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri.Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkempungkinan tidak akan bertanding di Prn Melaka.Belau ingin memberi fokus untuk menguatkan jentera UMNO peringkat negeri bagi memenangi pilihanraya kali ini.Jika UMN0 menang besar kali ini,Rauf dijangka akan bertanding kerusi Parlimen pada PRU-15.


Selain itu,Beberapa Ketua Bahagian UMNO juga tidak mahu dinamakan sebagai calon pilihanraya.Sebahagian diantara mereka adalah pengarah pilihanraya dan jika mereka dicalonkan boleh menggangu kelancaran jentera parti.Membantu kemenangan calon UMNO adalah keutamaan mereka.

Melaka mempunyai 28 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan seramai 495,196 pengundi berdaftar dengan 240,530 atau 48.57 peratus pengundi adalah lelaki dan baki 254,666 atau 51.43 peratus lagi wanita.


bottom of page