top of page
  • Writer's pictureNihaba

PRN Melaka: SPR akan diumum SOP pada hari penamaan calon

5 November


KUALA LUMPUR- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengeluarkan Prosedur operasi standard (SOP) khas bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada isnin ini.SOP Pilihan Raya Negeri Melaka akan dikeluarkan dihari penamaan calon.Sumber SPR juga menyatakan buat masa ini tiada SOP khusus.

Minggu lalu, kerajaan negeri Melaka dilaporkan sedang memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) khas berkaitan PRN Melaka yang turut membabitkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan SPR sebelum ia dimuktamadkan.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, mengumumkan larangan aktiviti perhimpunan dan majlis sosial berkaitan pilihan raya bermula 25 Oktober lalu hingga 27 November ini.

Larangan itu dibuat berdasarkan peruntukan mengikut subperaturan 10(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh sebelum ini menetapkan hari penamaan calon pada 8 November dan tarikh mengundi awal pada 16 November manakala 20 November ini sebagai hari pengundian.Tempoh berkempen 12 hari bermula hari penamaan calon dan tamat 11.59 mlalam 19 November.


bottom of page