top of page
  • Writer's pictureMatha Ahmad

PRN Melaka-SPR hanya benarkan hanya lengkap vaksin pergi mengundi

18 Oktober-MELAKA

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menjelaskan hanya individu yang melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 sahaja yang akan dibenar membuang undi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka November depan.

Sumber dari Bernama, Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata agensi itu akan memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) di semua pusat pembuangan undi.

“SOP kita di pusat mengundi juga ketat. Syarat-syarat seperti dah lengkap dua dos vaksin, memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal. Justeru kita merayu agar semua pengundi lengkapkan vaksin dahulu.. kita ada masa lagi,” jawab beliau ketika ditanya berkaitan SOP pada sidang media.

Katanya daftar pemilih mengandungi seramai 495,196 pengundi membabitkan 482,550 pengundi biasa; 10,191 anggota tentera dan pasangan; 2,349 anggota polis dan 106 Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara.


Abdul Ghani berkata pihak SPR juga akan memberi cadangan masa keluar mengundi menerusi sistem SPR bagi mengurangkan kehadiran pengundi yang ramai pada hari mengundi.Ini bagi mengelakkan kesesakan diwaktu pembuangan undi.

“Kita akan beri cadangan masa keluar mengundi melalui sistem kita seperti yang digunakan di aplikasi MySejahtera. Pengundi juga usah keluar mengundi serentak pada sebelah pagi. Kalau boleh, warga emas sebelah pagi dan tengah hari sikit untuk orang muda.


Pada waktu sama, belau menjelaskan garis panduan berkaitan Covid-19 akan berpandukan kepada pandangan dan nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari semasa ke semasa.


DUN Melaka dibubarkan pada 4 Oktober lalu susulan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), termasuk dua daripada UMNO, menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.


Empat bekas ADUN berkenaan ialah Datuk Seri Idris Haron (UMNO-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (UMNO-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).

bottom of page