top of page
  • Writer's pictureNizam

PRN Melaka-SPR nafi hanya lengkap vaksinasi dibenarkan mengundi

19 Oktober-KUALA LUMPUR

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menafikan hanya pengundi yang lengkap divaksinasi dibenarkan untuk megundi dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka yang akan dilaksanakan pada 20 November ini.Jika peraturan ini tetap dilaksanakan dikhuatiri akan melanggar perlembagaan .

SPR juga berkata prosedur operasi standard (SOP) PRN masih belum lagi dimuktamadkan.

“SOP ini akan berpandukan kepada pandangan dan nasihat dari Majlis Keselamatan Negara (MKN), kementerian kesihatan Malaysia (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari semasa ke semasa.” katanya.


Sebelum ini, sebahagian portal berita telah melaporkan PRN hanya dibuka untuk pengundi yang telah lengkap divaksinasi.

Ketika dihubungi, sumber SPR telah menafikan sumber tersebut dan kenyataan SPR telah di salah tafsir.

“Kami tidak dapat larang pengundi yang layak yang tidak divaksinasi untuk mengundi, kerana ia tidak selari dengan Perlembagaan berikutan kerajaan tidak mewajibkan vaksinasi,” katanya.


bottom of page