top of page
  • newsatmy

Prn Melaka: Umno tidak perlu kerjasama parti lemah seperti Bersatu - Asyraf Wardi

26 Oktober 2021

AYER KEROH: Ketua Pemuda Umno, Datuk Asyraf Wardi Dusuki menjelaskan UMNO mampu menang besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka walau bergerak secara solodan selama ini pun bertanding sendiri tanpa sebarang kerjasama dengan mana-mana parti,


“Kita telah bertanding sendiri selama lebih 60 tahun sebagai BN.


“Atas asas itu, saya tak fikir kita akan berdepan masalah sangat (untuk melakukannya),” kata semasa sidang media hari ini.


Katanya lagi Umno tidak mengharapkan kerjasama dengan Bersatu yang didapati lemah dari segala sudut untuk menghadapi PRN, sebaliknya sedia menerima kerjasama dengan PAS untuk mengharungi PRN.


“Tentulah ahli kita sangat harapkan Umno dan PAS kekal bersama.


“Tetapi semua bergantung kepada PAS (pada masa ini),” lagi.


Pada September 2019, UMNO dan PAS mencatat sejarah dengan memeterai kerjasama Muafakat Nasional (MN).


Dua parti itu kemudiannya bekerjasama dalam empat pilihan raya kecil (PRK), iaitu Tanjung Piai, Kimanis, Chini dan Slim.


Beliau melihat parti Bersatu sekadar parti serpihan yang tiada kekuatan akar umbi dan ketandusan kepimpinan di peringkat Negeri Melaka.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 8 November ini sebagai hari penamaan calon, pengundian awal (16 November) dan pengundian biasa (20 November).


Khamis ini, mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO akan memuktamadkan sama ada bersedia berdepan pertandingan tiga penjuru ataupun bekerjasama dengan parti lain.

bottom of page