top of page
  • Writer's pictureNihaba

PRN Sarawak dijangka Disember

4 November 2021

SIBU: Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Dr Annuar Rapaee berkata, beliau menjangkakan Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak akan diadakan selewat-lewatnya pada pertengahan bulan Disember ini.


Beliau berkata, perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya proklamasi darurat di Sarawak ditamatkan memberi laluan kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak sekali gus menamatkan penantian untuk PRN12 yang akan diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran DUN.


Mengulas kebimbangan berlaku peningkatan kes Covid-19 semasa pilihan raya itu kelak, Dr Annuar yang juga Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam merangkap Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu berkata, aktiviti kempen harus diberikan tumpuan yang kritikal kerana penularan boleh berlaku.


Beliau berkata, proses mengundi dilakukan dalam keadaan yang amat teratur walaupun bukan pada masa penularan Covid-19.


Katanya, ketika masih dalam pandemik ini, dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dan proses mengundi teratur tiada sebab penularan Covid-19 tidak dapat dikawal.


bottom of page