top of page
Writer's pictureNihaba

Prn Sarawak:Pejuang tidak terlibat-Tun M

3 Disember 2021

PUTRA JAYA-Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) tidak akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12, kata Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad.


Beliau berkata Pejuang juga tidak akan menyokong mana-mana pihak yang bertanding dalam PRN itu.

“Kita akan bertanding hanya dalam Pilihan Raya Umum ke-15. Kita tak terlibat (PRN Sarawak),” katanya kepada media selepas melancarkan buku ‘Speaking of Mass Destruction ... A Journey To Iraq As Seen By Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali’, di Putrajaya hari ini.


Buku itu mencatatkan perjalanan Dr Siti Hasmah ke Iraq pada tahun 2000 ketika negara itu berada di bawah sekatan.Dr Siti Hasmah dalam sidang media itu berkata buku tersebut adalah berdasarkan pengalaman tiga hari beliau di negara yang dilanda peperangan itu, pada ketika orang luar sukar untuk memasuki negara tersebut.


Buku Mewah 170 muka surat, ditulis dalam bahasa Inggeris dan memaparkan pelbagai gambar keperitan orang ramai yang Dr Siti Hasmah dan delegasi seramai 10 orang wani daripada pelbagai organisasi bukan kerajaan bertemu, boleh dibeli menerusi Instagram aliandalimedialinks pada harga RM120.

Hasil daripada jualan buku itu akan disumbangkan kepada organisasi yang menguruskan kanak-kanak di negara bergolak.


Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 18 Dis ini sebagai hari pengundian PRN Sarawak, hari penamaan calon pada 6 Dis manakala pengundian awal pada 14 Dis.



- Bernama

Comments


bottom of page