Search
Arissa Azman
Program Makan Tengahari Percuma anjuran TKB dan Jawatankuasa BERSATU
Updated: Jul 14, 2021
13 Julai 2021
SRI GADING: Penduduk Parit Raja Kawasan P149 ditawarkan makanan tengah hari percuma di Warong Ijam Roti Canai, di sini semalam, melalui program Makan Tengahari Percuma anjuran TKB dan AJK BERSATU Sri Gading bagi meringankan beban masyarakat yang terkesan dengan penularan pandemik COVID-19.
TKB BERSATU Bahagian Sri Gading berkata program itu dibuat secara tapau dan pandu lalu bagi menyumbangkan makanan tengahari.
Program tersebut bermula pada jam 12 tengahari sehingga makanan habis.
Sambutan amat menggalakkan apabila ramai yang hadir dan mengambil makanan tersebut.
Terima kasih diucapkan kepada TKB dan Jawatankuasa BERSATU Sri Gading atas sumbangan yang diberikan.
--PN Online
Comments