top of page
  • Farah

Program Rakan Muda jadi antara keutamaan KBS - Hannah


SERDANG 6 April: Program Rakan Muda yang dijangka dilancar semula pada tahun ini akan menjadi antara program utama Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Menteri berkenaan Hannah Yeoh berkata program yang akan diperkasa menerusi pelbagai bentuk penambahbaikan agar dapat memberi impak lebih menyeluruh dan positif kepada golongan belia itu, sedang dalam peringkat akhir penelitian.


"Kita di peringkat perancangan pelaksanaan dengan pelbagai program diletakkan di bawahnya (Rakan Muda), jadi bila ia sudah sedia KBS akan lancarkan. "Rakan Muda cukup dikenali semasa zaman 90-an saya. Kalau kita dapat perkenalkan ia semula sudah tentu ia boleh diperluaskan kepada generasi kini dan hadapan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program siri syarahan 3rd Distinguished Lecturer Series on Youth Well-being di Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini hari ini.


Pada 5 Mac lepas, KBS memaklumkan program Rakan Muda akan diperkasakan semula menerusi pelbagai penambahbaikan meliputi pembangunan potensi dan semangat kesukarelawanan.

Rakan Muda ialah program pemupukan minat, penggilapan bakat dan penyerlahan potensi diri melibatkan belia berumur 15 hingga 25 tahun yang diperkenalkan kerajaan pada 1994.

-- BERNAMA

Comments


bottom of page