top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Program Sumbang dan Daftar bantu ramai golongan terjejas

14 Julai 2021

PULAI: Penyelaras Sekretariat Vaksinasi Johor, merangkap Timbalan Ketua BERSATU Bahagian Pulai, Tuan Zulkifli Jaafar telah memberi sumbangan sekurang-kurangnya kepada 60 keluarga yang terjejas akibat Covid-19 melalui Program Sumbang dan Daftar 1.0, 2.0 dan yang terbaru 3.0.


Matlamat utama Program Sumbang dan Daftar ini diadakan adalah untuk membantu serta meringankan beban kepada golongan-golongan yang terjejas akibat pandemik Covid-19 ini dan juga untuk memastikan setiap isi rumah mendaftar bagi pendaftaran vaksin di aplikasi MySejahtera ataupun secara manual.


Program ini turut disertai oleh Badan Bukan Kerajaan iaitu Prihatin Johor yang mensasarkan kawasan Pulai.



Beliau turut bercadang untuk membuat PPV Komuniti bagi memudahkan golongan B40 untuk mendapatkan vaksin, tanpa mereka perlu pergi jauh untuk mendapatkan vaksinasi.


Program ini turut dilaksanakan bagi membantu kerajaan mendapatkan imuniti kelompok dengan kadar segera.


Beliau berkata program tersebut akan dilakukan dalam masa terdekat.




--PN Online


bottom of page