top of page
  • Writer's pictureNizam

Proses pengambilan pekerja asing akan dipermudahkan-Hamzah Zainudin

3 Disember 2021

KUALA LUMPUR-Kementerian dalam negeri (KDN) berusaha untuk memudahkan proses majikan mengambil pekerja asing melalui program Rekalibrasi Tenaga Kerja yang dikendalikan oleh Jabatan Imigresen (JIM).


Menterinya, Hamzah Zainudin berkata sebelum ini, majikan perlu mendapatkan kebenaran daripada kementerian sumber manusia (KSM) terlebih dahulu dan berikutan permohonan yang banyak, ia menyebabkan berlaku kelewatan.

“Oleh itu, KDN telah membawa isu ini ke mesyuarat jemaah menteri memohon agar JIM diberi kuasa untuk meluluskan 70% daripada jumlah yang dipohon oleh majikan dan kelulusan penuh hanya diberi selepas disahkan oleh KSM,” katanya dalam program Ruang Bicara yang membincangkan tajuk “Aspirasi Keluarga Malaysia KDN” terbitan Bernama TV, malam tadi.


Hamzah juga berkata berkata,peningkatan program e-visa kepada 35 negara berbanding 10 negara sebelum ini telah mendapat maklum balas yang baik daripada dewan perniagaan negara-negara luar.


Melalui sistem berkenaan ekspatriat dari negara terlibat boleh mendapatkan pas pelekat imigresen sebaik mendarat berbanding 30 hari sebelum ini.


bottom of page