top of page
  • admin

PRU 15:Ismail Sabri masih berteka-teki


KUALA LUMPUR,01 Okt : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih berteka-teki mengenai tarikh pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).


Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata, setakat ini tiada sebarang syarat diletakkan untuk mempercepat pilihan raya.



Bagaimanapun, beliau menegaskan UMNO kekal dengan keputusan yang dipersetujui pada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) malam tadi.

“Tidak ada (syarat)… Di UMNO kita ada ‘top five’, biro politik dan tiada yang berikan syarat.

“Kalau kita nak buat pilihan raya ada asas yang kuat untuk dipercepatkan; dan kita setuju secara bersama.


“… Cuma tarikh itu, tunggulah. Tunggulah kalau dari tahun lepas boleh tunggu, tahun ini pun boleh tunggu,” katanya kepada pemberita pada Sabtu.


Beliau berkata demikian selepas merasmikan Perhimpunan Khas Bersama Warga Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) seluruh negara di Pusat Pameran Konvensyen Matrade, di sini.


Malam tadi,Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memutuskan agar pembubaran Parlimen perlu diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan pada tahun ini juga.


Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata berdasarkan keputusan itu Perdana Menteri akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran kepada Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan.


“Keputusan mesyuarat ini adalah berasaskan pendirian konsisten UMNO sejak dari awal untuk memulangkan mandat rakyat yang tertangguh akibat pandemik Covid-19 setelah runtuhnya Kerajaan Pakatan Harapan kerana persengketan dalaman politik sesama mereka.





bottom of page