top of page
  • admin

PRU 15:Muhyiddin 'poster boy' PN


TEMERLOH, 11 OKT:Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin diumumkan sebagai calon perdana menteri kesepuluh jika gabungan itu memenangi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).


Pengerusi Gerakan Dominic Lau berkata gabungan tiga parti dalam PN bersetuju dengan cadangan itu dan sudah bersedia untuk memasuki gelanggang pilihan raya dan seterusnya memastikan kemenangan mereka.


"Kita katakan kita menang dalam PRU15, kita menubuhkan kerajaan daripada rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat dan kita akan menjadikan Tan Sri Muhyiddin yang juga pengerusi PN sebagai perdana menteri yang kesepuluh," katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran jentera PN Pahang di Kerdau, dekat Temerloh, malam tadi.


Dominic turut meluahkan rasa pelik mengenai tindakan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang begitu tergesa-gesa untuk mengadakan pilihan raya walaupun dibantah oleh pemimpin daripada PN dan Pakatan Harapan (PH).

Comments


bottom of page