top of page
  • zaman

PRU-15 – Negeri Sembilan, Selangor Belum Keluar Kenyataan Rasmi Pembubaran DUN


SEREMBAN, 12 Okt – Tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan kerajaan negeri sama ada Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), setakat 5 petang Selasa.


Sebelum ini, Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun membayangkan kemungkinan DUN tidak akan dibubarkan serentak dengan Parlimen.


Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Negeri Sembilan dan Melaka menyebut, DUN Negeri Sembilan akan mengambil keputusan yang ditetapkan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).


Malah, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan baru-baru ini bahawa Dun tiga negeri di bawah gabungan itu tidak akan dibubarkan jika PRU-15 diadakan dalam masa terdekat.


PH sedang bermesyuarat di ibu pejabat KEADILAN bagi memuktamadkan keputusan sama ada DUN di negeri-negeri yang ditadbir pakatan itu wajar dibubarkan.

Di Shah Alam, kerajaan negeri juga belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi, namun difahamkan Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari telah menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Selasa.


Ia sebagaimana yang dilaksanakan Menteri Besar susulan pembubaran Parlimen.

Terdahulu, Kelantan menjadi negeri pertama yang kekal pendirian untuk tidak membubarkan Dun selepas pengumuman kira-kira 3 petang tadi.


Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Parlimen dibubarkan berkuat kuasa hari ini selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk memberi laluan kepada PRU-15.

bottom of page