top of page
  • admin

PRU15: DUN di bawah BN bubar serentak dengan pembubaran Parlimen


KUALA LUMPUR,10 OKT: Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) akan dibubarkan serentak dengan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


Bagaimanapun katanya DUN Melaka, Johor dan Sabah tidak akan dibubarkan kerana belum mencapai tempoh matang.


"Kerajaan negeri di bawah BN sangat prihatin, bahawa kita tidak mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dibebankan dengan perbelanjaan yang tinggi jika Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan secara berasingan.

"Maka kami mengambil keputusan bahawa negeri-negeri yang berada di bawah BN tidak akan mengadakan PRN berasingan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Agung MIC ke-76 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), hari ini.


Namun enam negeri yang sekarang ini diperintah PAS dan Pakatan Harapan (PH) kekal dengan keputusan mereka untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan Parlimen, bermakna hanya tiga negeri sahaja – Perlis, Perak dan Pahang – akan mengadakan PRU-15 serentak.


Sebelum ini,PH dan PAS(PERIKATAN NASIONAL) telah menyatakan bahawa tiga negeri yang masing-masing dikuasai mereka – Kedah, Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor – tidak akan membubarkan DUN masing-masing serentak dengan PRU-15.

bottom of page