top of page
zaman

PRU15: Terengganu timbang kesesuaian waktu untuk bubar DUN - MB


KUALA TERENGGANU,8 Ogos: Kerajaan Negeri Terengganu yang ditadbir oleh Perikatan Nasional akan melihat kesesuaian untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu sekiranya Parlimen dibubarkan untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.


Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ia bergantung kepada kesesuaian dan waktu untuk memutuskan demikian.


Beliau yang juga Naib Presiden Pas berkata, perkara berkenaan perlu diteliti dan diperhalusi kerana ia antara sebahagian daripada strategi. "Tengok waktu dan ketika, adakah ia sesuai atau tidak. Jadi, ia masih lagi open ended jawapannya. Kita tengok waktu yang sesuai.

"Ia juga sebahagian daripada taktikal dan strategi," katanya kepada media selepas Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2022 di Wisma Darul Iman, di sini, semalam.


留言


bottom of page