top of page
  • newsatmy

Punca penularan COVID-19 akan diketahui dalam masa terdekat: WHO

11 Mac 2021

GENEVA: Asal usul COVID-19 akan diketahui dalam masa terdekat.


Namun, perincian lebih mendalam berkenaan penularan virus itu hanya akan diketahui dalam masa beberapa tahun akan datang.


Perkara itu disahkan ketua siasatan perubatan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu (10 Mac).


Dalam sesi taklimat secara maya bersama organisasi penyelidikan, Chatham House, Peter Daszak menjelaskan penemuan saintifik bakal memberi petunjuk berkenaan bagaimana haiwan mampu menyebarkan virus itu kepada manusia seperti mana yang dilaporkan Disember lalu.


Setakat ini, ciri-ciri hidupan liar yang ditemui adalah antara penjelasan utama bagaimana virus itu menular di Wuhan, China.


Malah, salah seorang saintis dalam kumpulan itu juga memaklumkan terdapat beberapa hipotesis lain termasuk kemalangan di dalam bilik makmal.


Bagaimanapun selepas lawatan ke Wuhan, mereka menemui beberapa isu lain termasuk penguatkuasaan protokol, ujian pengesanan dan kajian lain.


Mereka merumuskan bahawa kejadian dalam bilik makmal tidak berlaku sama sekali.


Kumpulan penyelidikan itu dijangka akan mendedahkan laporan lanjut minggu depan.


- BERNAMA

bottom of page