top of page
  • newsatmy

Pusat umum projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3


KOTA BHARU 10 Sept: Kerajaan negeri Kelantan menzahirkan penghargaan terhadap Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakub yang menyempurnakan perasmian Laman Warisan Kampung Laut semalam. Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakub berkata, perdana menteri turut mengumumkan projek pembangunan bandar-bandar sempadan di Kelantan. Katanya kerajaan Pusat juga bersetuju membina jambatan baharu merentangi Sungai Golok di Rantau Panjang dan jambatan Takbai-Pengkalan Kubor.


“Selain itu projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3) dari Gemuruh, Terengganu ke Pengkalan Kubor, Kelantan iaitu sepanjang 147 kilometer,” katanya pada kenyataan semalam.

Ketika lawatan kerja ke Kelantan semalam perdana menteri mempengerusikan Mesyuarat Majlis ECERDC Bil 2/2022 dan mengumumkan projek tersebut.


Perdana menteri turut mengumumkan Projek Tebatan Banjir di Rantau Panjang–Sungai Golok Fasa 2 melibatkan kos sebanyak RM897 juta.

“Terima kasih dan penghargaan juga kepada Menteri Besar Terengganu Dato Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Pahang Dato Wan Rosdy Wan Ismail Menteri Besar Johor Dato Hafiz Ghazi dan Ketua Setiausaha Negara Fato Seri Mohd Zuki Ali,” katanya.


Ahmad turut merakam ucapan penghargaan kepada Majlis Ekonomi Pantai Timur Majlis Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) yang diketuai Dato’ Baidzawi Che Mat.


Menurutnya juga tanpa kerjasama erat antara kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, ECERDC serta agensi-agensi terlibat termasuk Majlis Daerah Tumpat dan Muzium Negeri Kelantan sudah pasti kejayaan sukar untuk direalisasikan.

Comments


bottom of page