top of page
Writer's pictureArissa Azman

Putus Dengan Ismail Izzani, Shalma Eliana Akui Ramai Lelaki Cuba Dekati

3 Disember 2021

Hubungan cinta yang dibina bersama Ismail Izzani sejak dua tahun lalu putus di tengah jalan apabila penyanyi itu memaklumkan sudah pun berpisah pada November lalu.

Sebulan berstatus single, penyanyi Shalma Eliana mengakui dia didekati beberapa lelaki. Bagaimanapun, dia mahu memberi perhatian kepada karier terlebih dahulu.

“Jujurnya, ada saja yang DM menyatakan hasrat ingin berkenalan. Tetapi, saya anggap ia sebagai hubungan biasa-biasa sahaja.


“Saya selesa dan gembira begini. Tambahan pula saya mahu fokus dengan kerjaya dan tidak mahu fikir sangat soal cinta,” katanya.

Ditanya mengenai hubungannya dengan Ismail, Eliana berkata baik-ik sahaja dan dia tidak menyimpan dendam terhadap bekas kekasihnya itu.


“Saya memang tak suka bergaduh.Jadi kami tidaklah sampai bermusuhan. Lagipun buat masa ini saya hanya mahu fokus pada kerjaya,” katanya.

Comments


bottom of page