top of page
  • newsatmy

Raih Wang Kemenangan RM20,000, Adibah Noor Berhasrat Tebus Barang Kemas Dan Bayar Hutang

25 Januari 2022

Mengakui dirinya pernah berdepan masalah kewangan ketika perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), penyanyi Adibah Noor memaklumkan bahawa dia akan menggunakan wang kemenangan Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8) sebanyak RM20,000 untuk tujuannya yang tersendiri.


Adibah atau nama sebenarnya Adibah Noor Mohd Omar,52, yang menggondol tempat ke-4 itu menjelaskan bahawa dia ingin menebus kembali barang kemas yang digadainya tempoh hari ketika PKP.


Selebihnya kata Adibah lagi, dia ingin menyimpannya sedikit dan pergi bercuti untuk merehatkan diri.


Rasanya semua sudah tahu bagaimana saya lalui hidup susah ketika dua kali tempoh PKP sebelum ini. Saya tidak malu mengaku tentang hal tersebut.


Duit kemenangan ini saya akan gunakan untuk bayar semua hutang yang telah saya pinjam sebelum ini dan tebus kembali barang kemas. Selain itu akan simpan sedikit dan mahu bercuti rehatkan diri.


Cerita penyanyi yang terkenal dengan lagu Terlalu Istimewa ini lagi, sepanjang tempoh PKP dia terpaksa meminjam wang dan menggadai barang kemas demi kesinambungan hidupnya.


Kongsinya lagi, sepanjang berada dalam arena GV8, banyak perkara telah mengajar dirinya untuk bersikap terbuka dan tidak cepat menilai.


“GV8 juga membuka mata saya kepada netizen. Saya faham mereka hanya komen dengan apa yang dipersembahakan. Saya juga kini sedar dan tidak lagi bersikap judgemental.” katanya.


Terdahulu, Adibah Noor telah menyanyikan lagu Seroja nyanyian asal S. Effendy dan lagu Kau Di Hatiku berduet bersama Datuk Zainal Abidin.


Pelakon filem Mukhsin ini kemudiannya berjaya memperoleh tempat ke-4 manakala juara GV musim ini telah dimenangi oleh Aliff Aziz yang membawa pulang hadiah kemenangan bernilai RM100,000.

bottom of page