top of page
  • Writer's pictureNizam

Raikan100 hari Aspirasi abai SOP boleh, tapi kenapa perarakan Thaipusam dilarang - Tim.Presiden MIC


KUALA LUMPUR-Menteri Sumber Manusia M Saravanan dan juga Timbalan Presiden MIC mengecam keputusan kerajaan melarang perarakan sempena Thaipusam 2022 diadakan atas alasan ancaman pandemik Covid-19.Beliau mendakwa ada pihak tertentu dalam kerajaan sebenarnya "menyasarkan" perayaan Hindu.semalam ketika mengulas keputusan Kementerian Perpaduan Negara


“ Ada ribuan orang berkumpul di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur menghadiri sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia dan tak ada penjarakan fizikal satu meter,kamu lihat sendiri sambutan hari ini (100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia). Ini tidak dikawal, ini tidak dipandang, tapi mereka menyasarkan sambutan Thaipusam.

“Saya akan berbincang dengan perdana menteri minta untuk untuk batalkan larangan ini serta-merta,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan tersebut di Kuala Lumpur semalam ketika mengulas keputusan Kementerian Perpaduan Negara


Sebelum ini, Menteri Perpaduan Negara Halimah Mohamed Sadique memberitahu Dewan Rakyat, semua perarakan perayaan termasuk perarakan kavadi sempena Thaipusam bagi tahun depan tidak dibenarkan berikutan ancaman varian Omicron. selain Thaipusam, perarakan cingge juga tidak dibenarkan semasa Tahun Baru Cina, manakala SOP untuk perayaan Krismas akan dibincangkan pada mesyuarat 14 Dis nanti.


Namun kenyataan Halimah mendapat kritikan daripada pelbagai pihak yang merujuk kepada kadar vaksinasi negara yang tinggi, kejayaan pilihan raya Melaka dan rasa tidak puas hati orang ramai terhadap larangan perarakan.


Kementerian itu berkata ia mengadakan sesi libat urus antara 10 ketua agama Hindu dari Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Johor, serta wakil daripada Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan pada 2 Dis lalu.


Sesi itu diadakan bagi membincangkan prosedur untuk tujuh aktiviti berbeza sekitar perayaan itu, iaitu sembahyang di kuil, perarakan kavadi, paal koodam (korban susu), cukur rambut, mandi ritual, pembukaan gerai, pergerakan kereta pedati perak dan perarakan pengiring.

bottom of page