top of page
Writer's pictureArissa Azman

Rakyat mahukan pemimpin berintegriti serta bersih – Muhammad Al Afiz

18 NOVEMBER 2021

MELAKA: Calon wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil, Melaka, Muhammad Al Afiz mengesahkan bahawa akan melakukan pelbagai transformasi terhadap rakyat, khususnya buat golongan muda sekiranya mendapat sokongan penuh semasa hari mengundi nanti.


Rakyat mahukan pemimpin berintegriti serta pemimpin yang bersih dapat membantu rakyat dalam menangani penderitaan dan kesulitan yang dihadapi oleh mereka kini.


Difahamkan, Muhammad Al Afiz Yahya yang merupakan calon untuk Perikatan Nasional daripada PAS bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil, adalah pilihan tepat kerana dia dikenali dan mesra dengan penduduk disana.


Dia juga menjanjikan perkhidmatan yang terbaik buat penduduk di Bukit Katil, menurutnya banyak aduan telah diterima sewaktu berkempen di kawasan berkenaan, malah dia berjanji akan memantau kesejahteraan penduduk di Bukit katil, Melaka sekiranya dipilih.


Pertama adalah mengenai isu keselamatan kerana kebanyakkan penduduk di Bukit Katil majoritinya terpelajar dan rata-ratanya bekerja lalu keluar pagi balik malam, melihat isu keselamatan adalah sangat penting untuk memastikan kesejahteraan keluarga mereka


Kedua adalah menyediakan kelengkapan lengkap tempat beriadah dikawasan Bukit Katil pada hujung minggu, ini kerana majoriti penduduk disana terpaksa melakukan riadah di kawasan yang jauh dari kawasan kediaman mereka


Ketiga, fokus kepada sektor ekonomi kerana majoriti jumlah penduduk di kawasan Bukit Katil adalah padat malah kurang mendapat peluang untuk memulakan perniaagaan disana, justeru itu pusat keusahawanan akan diwujudkan bagi memudahkan serta menggalakan dalam sektor perniagaan khususnya buat golongan muda.

Comments


bottom of page