top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Reformasi institusi: Rundingan blok Pembangkang, Kerajaan sedang berjalan - Anwar

1 September 2021

KUALA LUMPUR: Rundingan antara blok Pembangkang dan Kerajaan sedang berjalan berhubung beberapa reformasi institusi.


Inisiatif berikut merupakan kali pertamanya dalam beberapa tahun kebelakangan ini untuk mengundang dan berbincang dengan pihak Pembangkang dengan memberi fokus kepada menangani COVID-19 dan pemulihan ekonomi, menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Rundingan masih berjalan ketika ini, namun kita juga harus melihat apakah mereka benar-benar komited terhadap beberapa reformasi yang mereka berjanji untuk menyokong sebelum ini," kata Anwar.


"Jelasnya lagi, meskipun fokus menangani COVID-19 dan pemulihan ekonomi, tetapi pada masa sama beberapa isu dilihat masih timbul," jelasnya.


Antaranya, jumlah pemberian vaksin yang semakin menurun berbanding angka 500,000, prosedur operasi standard (SOP) terhadap sekatan pergerakan serta pembukaan sektor ekonomi.


Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata demikian dalam satu temu bual CNBC pada Rabu.

"Kami ada memberikan kerajaan beberapa cadangan, antaranya mengenai dana-dana baharu, pemantauan lebih berkesan ... kami akan melihat sama ada kerajaan bersetuju dengan tuntutan kami terutamanya Undi 18 dan Akta Lompat Parti.


"Ketika inI, rundingan masih berjalan," tambahnya.


Pembentukan Kabinet di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kata Anwar, memberi fokus kepada pelantikan pemimpin yang sama seperti kerajaan sebelum ini hanya mengakibatkan sentimen kekecewaan terhadap rakyat.


Meskipun terbuka mengadakan perbincangan dengan barisan pembangkang, namun kata Anwar, isu defisit kepercayaan terhadap kerajaan katanya akan dibuktikan menerusi Sidang Dewan Rakyat kelak.


"Masalahnya adalah defisit kepercayaan, dimana dia akan mengujinya di Parlimen. Sebab itu beliau (Perdana Menteri) mengadakan perbincangan bersama pembangkang.


"Buat masa ini belum ada keputusan, tetapi keprihatinan beliau hanya untuk mengumpul kedudukan sama dan mengapa kerajaan gagal.


"Tetapi selepas melantik pemimpin-pemimpin tertentu pada jawatan sama dan berikan 100 hari kepada mereka, sebelum ini mereka telah berikan 500 hari dan mereka gagal menangani isu COVID-19 dan ekonomi.


"Tetapi sekarang kamu berikan 100 hari lagi kepada mereka, ini mengakibatkan sentimen kekecewaan dalam kalangan rakyat," katanya.

Commenti


bottom of page