top of page
Writer's pictureArissa Azman

Rentas Negeri bukan jaminan PRN Melaka – Zuraida

11 Oktober 2021

ISKANDAR PUTERI: Keputusan kerajaan membenarkan pergerakan rentas negeri bukan faktor penentu bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan diadakan dalam tempoh terdekat ini ekoran kemelut politik yang melanda negeri itu.


Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU Datuk Zuraida Kamaruddin sebaliknya berkata, keputusan tersebut hanya boleh diputuskan Yang di-Pertuan Agong yang dijangka dimaklumkan minggu depan.


“Berkenaan sama ada PRN Melaka akan diadakan atau tidak, kita tunggu keputusan Agong. Biar Seri Paduka yang membuat keputusan sama ada ianya akan diadakan atau tidak, Kabinet akan akur.


“Kebenaran rentas negeri tidak bermakna PRN akan diadakan di Melaka, kerana ia bergantung pelbagai faktor termasuklah keselamatan dan kesihatan,” katanya dalam sidang akhbar ketika melawat Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), di sini hari ini.


Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan membenarkan pergerakan rentas negeri bermula esok secara serentak di seluruh negara.


Tambah Zuraida bagaimanapun memberitahu keputusan sama ada parti itu akan bekerjasama dengan UMNO sekiranya PRN Melaka diadakan tertakluk kepada kepimpinan parti.

Comentarios


bottom of page