top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Rihanna kini bergelar pemuzik wanita terkaya di dunia

5 Ogos 2021

BINTANG pop, Rihanna kini secara rasmi tersenarai sebagai jutawan dan menjadi pemuzik wanita terkaya di dunia.


Lapor Forbes, bintang kelahiran Barbados itu kini memiliki kekayaan sebanyak AS$1.7 bilion dengan anggaran AS$1.4 bilion daripadanya merupakan nilai syarikat kosmetik Fenty Beauty miliknya.


Selebih nilai kekayaannya berasal daripada syarikat pakaian dalam, Savage X Fenty bernilai kira-kira AS$270 juta, selain pendapatannya sebagai penyanyi dan pelakon.


Beliau kini berada di kedudukan kedua setelah Oprah Winfrey menjadi selebriti wanita terkaya di dunia.


Rihanna atau nama sebenarnya Robyn Fenty melancarkan kosmetik jenamanya itu pada 2017 dengan kerjasama syarikat barangan mewah LVMH.


Industri kecantikan itu membawa hasil lebih AS$550 juta pendapatan tahunan pada tahun pertama.


Namun tidak semua perniagaannnya membuahkan hasil.


Kini, artis yang berusia 33 tahun itu dilaporkan sedang merakan video muzik bersama teman lelakinya, A$AP Rocky.




--Awani

bottom of page