top of page
  • zaman

Ringgit merudum tapi tiada maklumat dari menteri - Anwar

12 Sept

Presiden PKR,Anwar Ibrahim mengangap Tengku Zafrul Abdul Aziz sebagai bukan menteri kewangan yang bertanggungjawab.


Beliau, menjelaskan sebelum ini Malaysia pernah melalui krisis ekonomi yang besar (pada 1997). Serangan di Thailand ke atas baht, merudum ekonomi Thailand. Disambung rupiah di Indonesia, merudum Indonesia. Kemudian won di Korea dan kita mendapat tempias yang dahsyat.


"Apa kita lakukan? Kita adakan mesyuarat perbincangan langkah-langkah setiap hari dan rakyat dimaklumkan tentang langkah-langkah yang diambil dan langkah-langkah yang perlu dimaklumkan kepada rakyat.


"Hari ini, seperti saya sebut, merudum ringgit dalam keadaan ekonomi Asia tidak merudum kita merudum dan tidak ada maklumat (daripada menteri kewangan),” katanya.


Anwar berkata demikian di perhimpunan "Rapat Mega Keadilan" pertama parti itu di Taman Melawati, Kuala Lumpur semalam yang berlangsung dari lima petang hingga tengah malam.

Acara itu merupakan siri perhimpunan mega di seluruh negara.

Anwar mengkritik Zafrul sebagai kekurangan jawapan yang boleh dipercayai.

"Di Parlimen, saya malas untuk bertanya banyak soalan kepada Zafrul kerana saya tidak fikir jawapan itu jawapan yang sepatutnya disampaikan oleh mana-mana menteri kewangan yang bertanggungjawab.


"Bila kita cakap soal bank, rakyat susah peniaga-peniaga kecil susah. Dia jawab mempertahankan bank bukan mempertahankan rakyat di bawah.

“Itu pun ada yang orang masih berkata Yang Berhormat! Yang Berhormat!" tambah Anwar, melakonkan seseorang yang bergegas untuk mencium tangan menteri kewangan.

"Menyampah betul. Ini yang saya sebut bangang ini. Bila sebut bangang, (kata) kasar, apa dia kasar?

"Kamu ambil duit rakyat, Kamu curi duit 1MDB, sebut sahaja masalah Mara curi, Felda curi lembu (NFC) pun curi," kata Anwar yang merupakan bekas menteri kewangan pada tahun 90-an.


Ringgit Malaysia (RM) jatuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), melepasi paras psikologi RM4.50 pada 6 Sept.

bottom of page