top of page
Writer's pictureArissa Azman

Risau keluarga dijangkiti COVID-19, Shahrulezad 'serah diri' ke MAEPS

7 November 2021

PENGARAH dan penerbit terkenal, Shahrulezad yang positif wabak COVID-19 kini dibawa ke Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) untuk menjalani kuarantin.


Bagaimanapun menurut Shahrulezad, keadaan kesihatannya tidak serius dan membuat keputusan untuk menjalani kuarantin di sana untuk mengelakkan jangkitan kepada orang sekeliling.


"Akhirnya abam naik ambulance juga, kemana lagi kalau bukan ke MAEPS. Jangan risau, tiada apa yang serius.


"Cuma saya buat keputusan ke MAEPS sebab tak nak orang yang rapat dan tinggal dengan saya menerima risiko dijangkiti.


"Mula-mula saya ingat nak kuarantin di hotel, lebih privasi, tapi di hotel tak ada doktor atau petugas perubatan yang boleh saya rujuk sekiranya berlaku kecemasan. Sekurang-kurangnya di MAEPS ada ramai frontliners yang bersedia setiap masa, jadi saya tak risau sangat," kongsinya di Instagram.

Comments


bottom of page