top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

RM66.4 Juta Peruntukan Langganan Perkhidmatan Digitalisasi PKS Dan MTC

12 Jun 2021

Kerajaan telah memperuntukkan pelbagai geran dan pinjaman di bawah inisiatif Pemerkasaan Perniagaan.


Inisiatif ini adalah bertujuan untuk menyokong penggunaan teknikal dan digital bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta syarikat di peringkat pertengahan (MTC).


Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Dato' Seri Mohamed Azmin Ali memaklumkan, sehingga 28 Mei 2021 kerajaan telah menyalurkan bantuan dalam bentuk geran dan pinjaman sebanyak RM66.4 juta, membabitkan 13,866 perniagaan.


Beliau mendapat maklumbalas bahawa inisiatif ini telah membantu PKS dan MTC melanggan perkhidmatan digitalisasi.


Dengan inisiatif ini, diharap ianya akan dapat mengurangkan beban mereka yang terkesan akibat pandemik COVID-19 seterusnya mampu mengadaptasi perubahan perniagaan dalam norma baharu.



--PN Online

bottom of page