top of page
newsatmy

#roadtohalal Mas Khan dan Diana Nasimuddin

7 Disember 2021

PETALING JAYA: Menggunakan tanda pagar #roadtohalal, lamaran pelakon Mas Khan menyunting Diana Nasimuddin pada 18 November lalu dalam sebuah majlis yang penuh romantis mencuri perhatian ramai.


Mas Kahn melutut di hadapan kekasih hatinya itu sambil mengeluarkan sebentuk cincin daripada poket jaketnya. Momen itu meruntun jiwa yang mana Mas Khan berlinangan air mata sambil memeluk Diana.


“Setiap kali hendak berjumpa teman wanita, pasti ada rasa teruja dan perasaan itu ada sehingga ke hari ini. Walaupun sudah setahun lebih bersama, perasaan itu masih membara sehingga ke hari ini.


“Ini bukan perkara biasa sebenarnya…Namun,dengan wanita ini (Diana) kerana rasa itu sentiasa ada,” luahnya.


Bagaimanapun, Mas Khan tidak berkongsi butir lanjut tentang tarikh majlis perkahwinan mereka itu.


Terdahulu, hubungannya bersama Diana, 39, mula dihidu selepas kedua-dua mereka kerap berkongsi foto bersama dalam akaun Instagram masing-masing.


Untuk info, Diana atau nama sebenarnya Nur Diana Nasimuddin merupakan anak kepada ahli perniagaan automotif terkenal, Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin.

Comments


bottom of page