top of page
  • newsatmy

Rompakan RM555 juta melalui projek AES

1 Disember 2021

Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) wajib bertindak atas laporan PAC (23 November) yang mendedahkan arahan Putrajaya (2014) terhadap LTAT untuk ‘bail out’ Projek AES sebanyak RM555 juta adalah mengarut dan di atas harga pasaran.


Penilai bebas KPMG LT menilai harga semasa paling tinggi ketika itu hanya RM198 (tanpa lanjutan kerajaan) dan RM251 (dengan lanjutan 18 bulan oleh kerajaan). Maka sahih RM304 juta ke RM357 juta duit Tabung Amanah Tentera telah diseleweng.


Lebih mengarut, (dikatakan untuk menutup rungutan dalaman LTAT) maka 2019 kerajaan telah bayar pula kepada LTAT RM668.9 juta sebagai pampasan kerana dipaksa ambil alih projek AES. LTAT merungut bukan sahaja dipaksa mengambil alih projek jauh atas nilai pasaran tetapi projek AES ini punya liabiliti (tanggungan tinggi).


Penyelewengan ini sebenarnya telah disiasat jawatankuasa di bawah Jabatan Perdana Menteri iaitu Jawatankuasa Penyiasat Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) pada tahun 2019 tetapi laporan siasatan telah dirahsiakan.


Dari awal lagi sudah dipertikaikan apabila Kerajaan memberikan ATES dan Beta Tegap untuk mengendalikan AES, ia tidak sepatutnya berlaku, dan projek itu sepatutnya dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).


Untuk pengetahuan semua projek AES hanya bermodalkan RM45 juta sahaja tetapi akhirnya projek ini berakhir dengan keuntungan RM555juta duit kerajaan yang disamun.

Laporan itu menyatakan bahawa Kementerian Pengangkutan pada 2008 telah mencadangkan projek itu diusahakan oleh syarikat swasta, dengan menyebut antara lain, kos penyelenggaraan yang tinggi sehingga 20% daripada anggaran kos projek asal sebanyak RM650 juta.


Semasa prosiding JKSTUPKK pada November 2020, penyiasat Datuk Dr Mohd Tap Salleh dipetik sebagai berkata pada 2008, sebuah jawatankuasa khas yang diketuai oleh ketua setiausaha kerajaan ketika itu telah menyatakan Projek AES "satu konspirasi untuk menipu Malaysia".


“…Jawatankuasa berpendapat mungkin ada sogokan, jadi kami meminta Bank Negara Malaysia menjalankan jejak wang (pengenalan),” kata Mohd Salim. Bagaimanapun, semasa prosiding PAC pada akhir 2020, seorang ex-officio SPRM berkata bahawa perkara itu "masih dalam siasatan".


Dalam laporan PAC, turut disahkan oleh KJSTUPKK bahawa kontrak ATES dan Beta Tegap telah diluluskan oleh Kabinet.


Antara pengarah asal ATES ialah Chee Chwee Cheong – dikatakan sekutu Datuk Omar Mustapha Ong, yang merupakan bekas pembantu bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.


Pemegang saham Beta Tegap kemudiannya termasuk Dr Andreas Teoh, dikatakan mempunyai kaitan dengan MCA, dan Toh Puan Rozana Redzuan, yang dikatakan mempunyai kaitan dengan pemimpin UMNO Johor.

bottom of page