top of page
  • cik skod

Ronaldo dinobat pemain terbaik bulanan Liga Saudi


RIYADH, 1 Mac- Bintang Al-Nassr, Cristiano Ronaldo diumumkan sebagai pemain terbaik Liga Saudi bagi bulan Februari.


Kehadiran pemain Portugal berusia 38 tahun itu berjaya membantu kelabnya mengukuhkan cabaran untuk menamatkan penguasaan Al Hilal sepanjang tiga tahun lalu.


Ronaldo yang menyertai Al-Nassr pada penghujung tahun lalu, meledak lapan gol selain membantu dua lagi jaringan hanya dalam empat perlawanan sepanjang Februari.


Al Nassr kini mendahului Liga Saudi dengan 43 mata, diikuti Al Ittihad yang ketinggalan 2 mata.


Juara bertahan, Al Hilal pula ketinggalan 11 mata di tangga keempat.


Ronaldo memulakan sentuhan berbisanya ketika menentang Al Fateh pada 3 Februari dengan menjaringkan gol penyamaan pada saat akhir.


Pada perlawanan seterusnya menentang Al Wehda, Ronaldo meneruskan amukannya apabila meledak empat gol.


Dia juga membantu kedua-dua gol ketika menewaskan Al Taawoun 2-1 diikuti jaringan hatrik keduanya dalam Liga Saudi ketika kemenangan 3-0 ke atas Damak.- REUTERS



Comments


bottom of page