top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Ronnie Liu rentas negeri dan cetuskan provokasi terhadap Pihak Polis

6 Julai 2021

Sekitar semalam, tular sebuah video memaparkan aksi kurang ajar seorang Ahli Jawatankuasa DAP Kebangsaan, Ronnie Liu yang menghalang tugas anggota polis yang menguruskan proses mendapatkan tahanan reman terhadap 18 pekebun haram durian Musang King yang menceroboh Hutan Simpan Batu Talam di perkarangan Mahkamah Raub.


Difahamkan bahawa Ronnie Liu bersama Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack serta Ahli Parlimen Raub, Tengku Zulpuri Raja Puji kelihatan tidak berpuas hati lalu mencetuskan provokasi terhadap anggota polis yang memberikan arahan kepada mereka supaya jangan masuk campur dengan urusan anggota polis lalu meminta mereka keluar dari perkarangan mahkamah tersebut.


Pelbagai kesalahan lain termasuk merentas PKPD, merentas daerah, merentas negeri dan juga merentas undang-undang semata-mata mahu ke Raub, Pahang.


Agak menghairankan bagaimana Ronnie boleh melepasi sekatan-sekatan pihak berkuasa sehingga dia boleh merentas negeri hingga ke Pahang.

Sebagai seorang pemimpin politik, Ronnie Liu haruslah bersikap menghormati para penjawat awam yang menjalankan tugas dan tahu peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.


Ronnie juga perlu menjadi contoh kepada rakyat dengan mematuhi undang-undang dan bukan melanggarnya.


Orang ramai meminta pihak berkuasa menyiasat secara terperinci bagaimana Ronnie boleh merentas PKPD, daerah dan negeri untuk ke Raub dan menggesa tindakan tegas diambil ke atas Ronnie jika pemimpin DAP itu jelas melakukan kesalahan agar dapat dijadikan pengajaran kepada orang lain.





--PN Online

bottom of page