top of page
  • newsatmy

Rumah dirompak, pemain Barcelona Aubameyang dipukul


Perompak bersenjata yang memecah masuk rumah penyerang Barcelona, Pierre-Emerick Aubameyang, menyerang pemain itu dan isterinya ketika mereka memaksa pasangan berkenaan membuka peti besi untuk mencuri barang kemas. Akhbar Sepanyol El Pais melaporkan bahawa Aubameyang, 33, dan isterinya, Alysha Behague, mengalami kecederaan ringan. Namun pemain berkenaan belum mengesahkan sebarang butiran rompakan itu.


Ini adalah kali kedua dalam tempoh dua bulan lalu, rumah Aubameyang di Castelldefels, pinggir bandar di kawasan Metropolitan Barcelona, dirompak walaupun pemain itu dan keluarganya tiada di rumah ketika kejadian pecah masuk pertama.

Menurut laporan media, empat lelaki memakai penutup kepala memecah masuk ke dalam rumahnya pada Isnin lalu serta mengugut pemain itu dan keluarganya dengan senjata api.


Mereka juga memukul Aubameyang dan isterinya serta memaksa mereka membuka peti besi untuk mencuri barang kemas.


Kejadian ini bukan kali pertama pemain terbaik Eropah menjadi mangsa rompakan. Pada Disember lalu, pertahanan Manchester City, Joao Cancelo, diserang di rumahnya di England, manakala pertahanan Benfica, Nicolas Otamendi diserang ketika rompakan di rumahnya di Portugal.


Di Barcelona, ​​rumah Gerard Pique, Ansu Fati, Jordi Alba, Samuel Umtiti dan Coutinho, dirompak ketika perlawanan berlangsung.


Kejadian rompakan begitu juga dilaporkan dalam kalangan pemain bola sepak di Madrid, Seville dan Valencia

bottom of page