top of page
Writer's pictureArissa Azman

RUU Langkah-Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Covid-19 Diluluskan

17 Disember 2021

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Covid-19 (Pindaan) 2021 diluluskan di Dewan Rakyat semalam,

RUU berkenaan mewujudkan lebih ruang dan peluang kepada proses pemulihan semula individu dan syarikat yang terkesan terutama berkaitan aspek ekonomi dalam tempoh pandemik.


Langkah itu sekali gus bagi mengurangkan impak perundangan Covid-19 ke atas individu dan perniagaan yang terkesan dalam tempoh pandemik.

RUU itu diluluskan dengan undi sebulat suara selepas 12 pembahas mengambil bahagian pada sesi perbahasan merangkumi pindaan yang diperuntukkan dalam 10 Fasal keseluruhannya.


Terdahulu, sesi penggulungan perbahasan melibatkan tiga wakil kementerian iaitu Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Abd Mutalib; Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim serta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin.


Mas Ermieyati semasa sesi penggulungan RUU itu, berkata, pendekatan pelaksanaan akta itu adalah berbeza dengan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Akta Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Covid-19).

“Sekali lagi saya tegaskan bahawa penggubalan dan pelaksanaan Akta 829 ini adalah suatu ‘kelegaan sementara’ daripada tanggungjawab perjanjian bagi suatu tempoh yang ditetapkan,” katanya.

Comments


bottom of page