top of page
Writer's pictureNizam

Sabitan,hukuman terhadap kes SRC Najib kekal-Mahkamah Rayuan

8 Disember 2021

PUTRAJAYA-Mahkamah Rayuan telah menetapkan,Datuk Seri Najib Razak kekal didapati bersalah bersabit kes pertuduhan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd. selepas rayuannya ditolak pagi ini.


Keputusan panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dan bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

telah menolak rayuan bekas Perdana Menteri itu selepas mendapati permohonan Ahli Parlimen Pekan itu tidak mempunyai merit.


Selain itu,mahkamah turut mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib sebelum ini .Perbicaraan hari ini,tada kehadiran fizikal daripada pasukan pembelaan berikutan mereka termasuk Najib sendiri menjalani perintah kuarantin berikutan salah seorang peguam didapati positif Covid-19.

Keputusan dibacakan melalui aplikasi Zoom dengan pasukan pendakwaan berada di dalam dewan Mahkamah Rayuan.


Najib, 68, sebelum ini didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan pecah amanah jenayah (CBT), pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan, membabitkan RM42 juta dana SRC International oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai tahun lalu.


Tujuh pertuduhan yang dikenakan terhadap Najib membabitkan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa melibatkan dana syarikat itu.


Dalam penghakiman yang dibacakan, mahkamah antara lain menyatakan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali adalah selamat dan tidak perlu diubah.

Peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sedang mengemukakan permohonan agar hukuman penjara dan denda tersebut ditangguhkan kerana mereka ingin mengemukakan rayuan.

Comments


bottom of page