top of page
zaman

Sabitan pada Najib kekal, hukuman penjara bermula hari ini


PUTRAJAYA, 23 Ogos – Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Datuk Seri Najib Razak yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.


Panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Najib sememangnya tidak konsisten dan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Beliau berkata sabitan itu selamat bagi semua tujuh pertuduhan dan hukuman itu tidak keterlaluan.

“Rayuan ini dengan sebulat suara ditolak dan sabitan dan hukuman dikekalkan.

“Saya dengan ini mengumumkan waran komital (perintah menjalani hukuman penjara),” kata Tengku Maimun memerintahkan prosiding tamat.


Sejurus kemudian beberapa anggota polis dilihat menghampiri Najib di kandang tertuduh bagi melaksanakan hukuman penjara ke atasnya.


Kata ketua hakim negara, pasukan pembelaan Najib Razak sudah diberi peluang untuk mengemukakan rayuan bagi pihak bekas perdana menteri itu.


Bagaimanapun, kata Tengku Maimun Tengku Mat, peguam bela Najib enggan berbuat demikian.


Kata Tengku Maimun Tuan Mat hakim yang mengendalikan perbicaraan di mahkamah tinggi, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali betul semasa membuat keputusan prima facie ke atas Najib Razak dan mengarahkannya membela diri bagi tujuh pertuduhan kes rasuah SRC International Sdn Bhd membabitkan dana bernilai bernilai RM42 juta.

Comments


bottom of page