top of page
  • admin

Salur peruntukan melalui JPP bercanggah konsep federalisme


KOTA BHARU 11: Sejarah lama yang berlaku di Kelantan sejak 1990 ketika kerajaan pusat di bawah Barisan Nasional (BN) berulang semula apabila peruntukan kepada negeri disalur melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).


Malah JPP pernah diwujudkan di negeri diterajui pembangkang termasuk Terengganu dan Sabah, cuba menafikan hak kerajaan negeri mendapat peruntukan terus daripada pusat.

Adun Apam Putra, Abdul Rasul Mohamed berkata, langkah kerajaan pusat tersebut bertentangan dengan semangat federalisme yang menjadi amalan negara demokrasi.


Katanya, JJP yang diletak di bawah Unit Penyelaras Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri tidak dianggap sebagai wakil kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri mempunyai Perbendaharaan Negeri dan Jabatan Pembangunan Negeri yang menyelaras semua bantuan yang disalurkan kerajaan persekutuan.

“Ketika pentadbiran kerajaan PERIKATAN NASIONAL (PN) dan Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob penafian seperti itu tidak lagi berlaku.

“Segala peruntukan dari pusat disalur melalui Perbendaharaan Negeri dan Jabatan Pembangunan Negeri. Malangnya di bawah kerajaan PH-BN sekarang berulang pula perangai lama,” katanya di sini.


Ahad lepas Adun Gual Periok Dato’ Mohamad Awang dan ahli parlimen Rantau Panjang Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff mendedahkan bantuan banjir sebanyak RM50 juta yang dijanjikan Perdana Menteri belum lagi diterima.


Ketika melawat mangsa banjir di Pasir Mas pada akhir Disember lepas Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjanjikan bantuan segera sebanyak RM100 juta kepada Kelantan dan Terengganu bagi membantu mangsa banjir.

bottom of page