top of page
  • newsatmy

Sanitasi rumah bantu cegah Covid-19?


Pada 10 Mac 2021, genaplah setahun saya diamanahkan sebagai Menteri di KKMM. Saya amat berterima kasih kepada seluruh warga KKMM yang telah berbuat dengan terbaik dan memberikan kerjasama erat kepada saya.


Kerajaan Prihatin


Saya mendokong sepenuhnya Kerajaan PN pimpinan YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ia kerajaan yang berfungsi dan prihatin, yang bekerja kuat dalam zaman paling luar biasa dalam sejarah, yang tiada perbandingannya dengan masa dahulu. Saya komited untuk bersama-sama meningkatkan keberkesanan kerajaan menjayakan keseimbangan di antara hidup dan kelangsungan hidup (live and livelihood). Soal hidup (memerangi pandemik covid-19), sudah ada jawapan utamanya, iaitu vaksin. Manakala bagi soal kelangsungan hidup (kebajikan, pekerjaan, perniagaan, pertumbuhan dan pembangunan ekonomi, dan pelaburan asing), pelbagai dasar dan program telah dilaksanakan. Ia perlu dilipatganda, supaya lebih berimpak dan mampu memastikan agar negara dan rakyat boleh bergerak kehadapan selepas pandemik ini selesai.


Sebagai menteri yang bertanggungjawab bagi negeri Pahang, saya turun padang dalam program Jelajah Malaysia Prihatin, iaitu bertemu para pegawai kerajaan dan pemimpin masyarakat peringkat akar umbi bagi menerangkan usaha-usaha kerajaan memerangi pandemik ini, termasuk menjelaskan perihal pembukaan-semula kegiatan ekonomi, keperluan darurat, menangani berita palsu dan penyertaan dalam program vaksin. Saya telah mengadakan jelajah ke lapan daerah di negeri Pahang, iaitu pada 8-11 Mac lalu, manakala bagi tiga lagi daerah, akan diadakan pada 22 Mac, 25 Mac dan 9 April ini.


Dalam menyambut Setahun Malaysia Prihatin, saya telah melakukan muhasabah diri dan siarkannya melalui tulisan di Merentas Ruang (Bil. 11, 26 Februari 2021), “Muhasabah Diri, Pendekatan dan Dasar”. Ia satu ‘pencarian roh’ (soul searching) dalam perjalanan ibadah dan perjuangan yang panjang dan berliku-liku. Perjalanan hamba Allah dan khalifah-Nya di muka bumi. Perjalanan yang wasatiyyah, iaitu kesederhanaan (moderation) atau “middleness, balance and sustainability” (Osman Bakar).


Muhasabah ini meliputi persoalan-persoalan tentang gambaran besar (the big picture), pandangan sarwa (world view), peranan kita, panduan utama dan terbaik iaitu al Quran dan hadith Rasulullah, hubungan dengan Allah dan dengan manusia, ‘rukun perjuangan’, memperbaharui pendekatan-pendekatan pilihan, pengukuhan polisi-polisi induk negara, penambahbaikan atau reformasi, menjadikan demokrasi berkesan, centripetalism, perpaduan, budaya kreatif, pendidikan bersepadu, profesional baru muncul (emerging professionals), teknologi digital, industri-industri masa depan, reformasi perkhidmatan awam, integriti, sukan dan kerangka baru dasar luar.


Selanjutnya, kerajaan perlu melipatgandakan ‘Komitmen PN’ untuk membangunkan Malaysia yang lebih baik – aman, maju dan makmur. Kita perlu memperkukuh penghayatan dokumen-dokumen induk negara (Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Perjanjian Malaysia 1963) dan pelaksanaan dasar-dasar kebangsaan dalam semua bidang. Semua ini hendaklah berasaskan nilai-nilai dan prinsip-prinsip seperti kebenaran (contohnya, dengan mengamalkan Budaya Ilmu), keadilan (termasuk dalam ekonomi dan sosial), keharmonian (konsep ‘hidup bersama dalam budaya damai’) dan demokratik (termasuk demokrasi berbilang kaum dan moderat, sistem pilihan raya yang lebih baik, kebebasan dan hak asasi manusia).


Di KKMM


Ketika melaporkan diri di Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM, perkara pertama yang saya putuskan ialah menjadikan ayat surah an-Nahl: 125 sebagai panduan – “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah kebijaksanaan dan pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan cara yang lebih baik”.


Perkara kedua yang saya lakukan ialah melihat gambaran besar tentang dunia yang sedang berhadapan dengan pelbagai perkembangan global yang turut dirasai masyarakat negara ini. Sifat ekonomi semasa adalah global dan intangible serta bergantung kepada inovasi idea, maklumat dan perhubungan antara manusia yang berpaksi pada jaringan elektronik yang luas. Komunikasi bukan lagi sekadar satu sektor. Komunikasi adalah ekonomi.


Itulah sebabnya mengapa saya memilih “Memacu kecendekiaan (intelligence) dalam masyarakat” sebagai matlamat baru kementerian ini. Kecendekiaan bermaksud masyarakat yang mampu memperoleh dan memanfaatkan ilmu dan kemahiran. Inilah maksud visi kementerian, iaitu melahirkan masyarakat terhubung, berinformasi, kreatif dan berbudaya digital. Manakala segala undang-undang, dasar-dasar dan program-program kementerian adalah wahana untuk mencapai matlamat tersebut.


Kerangka utama ini masih saya pegang dengan teguh. Namun, sejujurnya, ia sukar dilaksanakan dengan seutuhnya. Kerana dalam tempoh setahun lalu, saya banyak terlibat dengan fire fighting. Semoga pada tempoh akan datang ini, saya dapat melakukan design thinking – dan meneruskan matlamat kecendekiaan tersebut dengan menterjemahnya dalam ‘kehidupan digital yang manusiawi’.


Sepanjang tahun lalu, KKMM (Bhg.-Bhg. Dasar dan Perancangan Strategik, Teknologi Komunikasi, Infrastruktur dan Aplikasi, dll) telah memainkan peranan instrumental dalam penggubalan beberapa dasar baru. Contoh dasar itu ialah MyDigital, pembangunan industri kreatif, ekonomi gig sebagai sektor ekonomi formal, kesalinghubungan internet sebagai utiliti awam ketiga dan Pendidikan Rukun Negara (pelaksanaannya diketuai Kem. Perpaduan Negara); manakala Jab. Perlindungan Data Peribadi sedang di peringkat akhir penyediaan pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. KKMM juga tekah mengetengahkan realiti semasa dua bentuk komuniti: ‘Komuniti Fizikal’ dan ‘Komuniti Digital’.


Tugas utama penerangan dan penyiaran KKMM (Bhg. Komunikasi Strategik, Unit Komunikasi Korporat, RTM, BERNAMA, JAPEN, dll), ialah melaksanakan pelan-pelan komunikasi tentang covid-19, darurat dan vaksin.


Bagi memantapkan organisasi, usaha-usaha telah ditingkatkan untuk melahirkan lebih ramai pakar bidang, dan penekanan lebih tegas telah dibuat dari segi pematuhan integriti. Kelemahan utama yang sedang ditangani ialah komunikasi media sosial pihak kerajaan.


Cabaran substantif utama yang saya hadapi ialah kesalinghubungan internet. Manakala cabaran yang tidak kurang pentingnya ialah berita palsu. Buku paling relevan dengan KKMM yang saya baca ialah The Inevitable tulisan Kevin Kelly (2016).


Lima prestasi utama KKMM setahun lalu


- Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) diterajui SKMM. Ia bertujuan mempertingkatkan ‘kesalinghubungan digital’ dan ‘kualiti pengalaman’ perkhidmatan komunikasi di seluruh negara. Sasarannya ialah 9 juta premis diliputi gentian optik, 100% liputan 4G di kawasan berpenduduk, kelajuan jalur lebar mudah alih 100Mbps dan melaksanakan 5G. Sehingga Disember 2020, JENDELA telah berjaya mencapai 5.4 juta premis diliputi gentian optik, kelajuan jalur lebar mudah alih 25.6 Mbps dan 92.03% liputan 4G. KKMM telah juga berjaya mendapatkan persetujuan kerajaan untuk menjadikan perkhidmatan telekomunikasi sebagai utiliti awam ketiga.


- Keselamatan Siber negara dipertahankan. CyberSecurity Malaysia (CSM) telah memainkan peranan signifikan dalam menjamin ketahanan sistem-sistem yang digunakan kementerian-kementerian dan agensi-agensi kerajaan, termasuk, melalui operasi #OPSWAKEUP21, dapat mengelakkan daripada/kesan diserang. Ia telah menyelesaikan 90.16% daripada kes yang disiasat dan 92.34% daripada kes aduan yang diterimanya. Di samping itu, program kesedaran keselamatan siber, iaitu #CyberSAFE, telah memberi manfaat kepada lebih 30,000 individu.


- Peningkatan kegiatan Ekonomi Digital. Pelbagai program yang dianjurkan MDEC, seperti Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS), Program e-Rezeki dan Global Online Workforce (GLOW) telah meluaskan penglibatan dan meningkatkan kemampuan pelbagai golongan/lapisan masyarakat, termasuk OKU, dan telah memberi manfaat kepada lebih 420,000 orang. Manakala program #Mydigitalmaker telah melibatkan lebih 900,000 pelajar. Di samping itu, MYNIC juga menawarkan 50% diskaun seumur hidup bagi domain.MY yang dinikmati lebih 600 OKU.


- Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (PRISMA). Diterajui oleh Bhg Pembangunan Kandungan, Pegawai Tugas-tugas Khas Menteri (Musik/Industri Kreatif), FINAS, RTM, MDEC, MyCreative Venture dan Cendana. Bagi meneruskan pakej-pakej rangsangan ekonomi yang telah diumumkan Perdana Menteri, dan sebagai melakar pembangunan industri kreatif yang lebih rancak, KKMM telah mula melaksanakan PRISMA dengan peruntukan sebanyak RM89.2 juta. Ia merangkumi 32 program dan memberi manfaat kepada lebih 9,000 penggiat industri kreatif dalam pelbagai bidang dan mewujudkan lebih 40,000 peluang pekerjaan. Di samping itu, KKMM sedang menyediakan cadangan Akta Perbadanan Musik.


- Anugerah Nasyid Malaysia (ANAM) 2020 telah diadakan buat pertama kalinya. Ia dianjurkan oleh Majlis Usahawan Nasyid Malaysia (MUNSYID) dengan kerjasama KKMM dan JAKIM, dan dengan RTM sebagai TV rasmi. Ia bertujuan menyegar-semula kegiatan nasyid tempatan yang mempunyai matlamat yang mulia (iaitu dakwah dan tarbiyah), diikuti oleh ramai peminat/pengikut dan turut terlibat menggerakkan ekonomi Islam.


Lima tumpuan Utama KKMM tahun ini


- Pelaksanaan 5G yang dicepatkan setahun. SKMM akan memberi tumpuan dalam menjayakan pelaksanaan 5G yang akan menyempurnakan kesalinghubungan internet ke seluruh negara dan menjadi katalis kepada pembangunan ekonomi digital yang lebih rancak (termasuk dari segi pembangunan industri digital tempatan, penjenamaan negara dan pelaburan digital).


- Pemerkasaan teknologi keselamatan siber (SiberKasa). CSM akan melaksanakan SiberKasa untuk membangun, memperkasa dan mengukuhkan prasarana keselamatan siber negara. Ia meliputi tiga komponen utama, iaitu manusia, proses dan teknologi. Sebagai agensi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, CSM akan meluaskan penglibatannya di peringkat ASEAN dan antarabangsa. Di samping itu, KKMM (Bhg Kawalan Pematuhan) sedang menyiapkan dasar dan deraf Akta Anti-Buli Siber.


- Peningkatan Pelaburan Asing dalam Ekonomi Digital. Di samping meneruskan kerja-kerja pembinaan kapasiti masyarakat dan membangun produk-produk ekonomi digital tempatan, termasuk melahirkan ikon-ikon negara, dan pemasarannya di peringkat antarabangsa, MDEC akan bekerjasama dengan MIDA dalam menarik lebih banyak pelaburan asing dalam ekonomi digital.


- Pengantarabangsaan Industri Kreatif Malaysia. KKMM (khususnya melalui RTM) akan menganjurkan Anugerah Nasyid Antarabangsa Malaysia yang pertama pada tahun ini yang akan menobatkan Malaysia sebagai Persada Nasyid Kontemporari (Home of Contemporary Nasyid). KKMM (melalui FINAS, MyCreative Venture, Cendana dsb) akan juga memulakan pelan tindakan Road to Oscar, Road to Grammy dan Jejak Budaya dan Warisan Kuala Lumpur. Di samping itu, adalah diharapkan agar Perjanjian Pengeluaran-Bersama Filem dengan negara-negara sahabat dapat dimeterai, bermula dengan Australia, Korea Selatan dan China.


- Transformasi RTM. Sempena Ulangtahun Ke-75 RTM, ia akan memulakan pelan transformasi yang menyeluruh. Antara lain ialah, mengetengahkan anchor/program berita dan hal ehwal semasa yang mampu menarik imaginasi penonton, mempromosi Orkestra RTM ke pentas antarabangsa, melancarkan satu saluran baru iaitu Saluran Sukan dan menjadi stesen TV rasmi/utama untuk gerakan/kempen baharu (contohnya, kesihatan mental).


-- BERNAMA

bottom of page