top of page
  • newsatmy

“Saya akan terus bekerja dan berkhidmat untuk rakyat”

15 Januari 2021

JOHOR BAHRU: Dato’ Dr Sahruddin Jamal yang merupakan mantan Menteri Besar Johor dan ADUN Bukit Kepong meluangkan sedikit masa untuk melawat ‘Frontliner’ yang sedang bertugas di Roadblock Setia Tropika, Highway Perling, Paradigm Mall dan Tol Skudai.


Dr Sahruddin turut membawa makanan seperti KFC untuk mereka sebagai buah tangan kerana sanggup berkerja dibawah matahari yang terik dan berhujan siang dan malam.


“Setiap usai solat, saya tidak pernah lupa mendoakan sahabat-sahabat frontliners agar diberikan kekuatan dan kecekalan dalam melaksanakan tugas demi rakyat dan negara. Bersabarlah semua, insyaallah hanya Allah Swt yang mampu membalas jasa kalian yang tidak ternilai” kata Dr Sahruddin


Beliau turut berpesan kepada orang ramai agar sentiasa menjaga jarak fizikal ketika berada di luar dan patuh kepada PKP yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri.



bottom of page