• newsatmy

“Saya Berhak Untuk Bahagia, Syukur Sudah Keluar Dari Hidupnya” -Suami Serina

16 April 2021

Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai penikahan pelakon Serina Redzuawan dengan seorang pegawai polis berpangkat inspektor dikenali sebagai Meor Muhammad Aidid Meor Jamaluddin.


Menafikan Serina punca keretakan rumah tangganya dengan Nur Hamizah Shaffee, Aidid berkata hubungannya bekas isteri sudah lama bermaslah dan hambar.


“Serina bukan punca keruntuhan rumah tangga kami kerana terus terang, hati saya ini sudah lama tertutup buatnya (Hamizah).


“Satu fakta yang saya tak boleh nafikan, sewaktu bernikah dengan Serina, Hamizah masih lagi isteri saya. Namun tidak timbul soal bermadu kerana kami bercerai secara sah pada 9 Mac lalu,” katanya.


Dalam pada itu, Aidid turut meminta bekas isterinya itu berhenti menyalahkan Serina. Aidid berkata dia berhak untuk bahagia dan meluahkan rasa syukur sudah bebas daripada bekas isterinya.


“Saya kenal Serina sekitar setahun lalu. Saya berhak untuk bahagia dan ada masa depan yang lebih baik dan bersyukur kerana sudah keluar dari hidupnya dan bekas keluarga mentua yang sering mempergunakan saya untuk kepentingan perniagaan kolej mereka.


“Jadi berhentilah berpura pura jadi mangsa. Tak perlulah sampai tahap nak buka cerita lama dan mencari perhatian media. Hentikan segala tohmahan dan hormati kerjaya saya sebagai polis,” katanya.


Jumaat lalu, Serina mengumumkan perkahwinannya menerusi Instagram. Bagaimanapun, bapanya Chef Wan berkata pernikahan anaknya itu langsung tidak diketahuinya dan mendakwa Serina berkahwin di Thailand.


- RotiKaya