top of page
  • newsatmy

'Saya melampaui batas dan saya salah' - Will Smith mohon maaf daripada Chris Rock

29 Mac 2022

WILL Smith pada Isnin memohon maaf secara rasmi kepada Chris Rock kerana menampar pelawak itu ketika majlis Anugerah Akademi malam tadi.


Menyifatkan tindakannya "tidak boleh diterima dan tidak boleh dimaafkan", pemenang anugerah Pelakon Lelaki Terbaik malam tadi itu mengaku bertindak mengikut emosi apabila gurauan melibatkan isterinya.


"Tidak mengapa bergurau tentang diri saya.

"Tetapi apabila gurauan tentang masalah dialami Jada, itu terlalu berat untuk saya tanggung, dan saya bertindak balas secara emosi.


“Saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada awak, Chris.


"Saya melampaui batas dan saya salah.


"Saya malu dan tindakan saya tidak menunjukkan ciri yang saya inginkan.


"Tidak ada tempat untuk keganasan dalam dunia yang penuh cinta dan kebaikan,” tulis Will Smith dalam catatan terbaharu di Instagram sebentar tadi.

Pihak Akademi dalam pada itu memaklumkan pada Isnin bahawa ia mengecam tindakan Will Smith dan merancang untuk melancarkan siasatan rasmi di atas tindakannya.


Chris Rock dalam pada itu dilaporkan menolak untuk mendakwa Will Smith atas kejadian malam tadi.

Comments


bottom of page