top of page
  • newsatmy

“Saya Tak Suka Pergi Konsert, Dengar Muzik Haram” – Opai


Kisah rumah tangga pelakon, Fatin Afeefa dan suaminya, Aliff Awang sememangnya menjadi perhatian di media sosial. Apa saja dikongsikan pasti akan diperkatakan ramai.

Baru-baru ini, Aliff atau lebih mesra disapa Opai membuat Live dan video tersebut dimuat naik netizen dimana dia menjawab soalan netizen sama ada akan hadir ke konsert band popular Indonesia, ST12 atau tidak.


Opai menjawab dia tidak suka pergi ke konsert serta menyifatkan mendengar muzik adalah perkara haram serta mengatakan dia lebih gemar memasang zikir.


“Saya tak suka pergi konsert, dengar muzik ini haram. Saya pasang zikir saja, muzik itu haram,” katanya.


Video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang kurang senang dengan jawapan diberikan. Malah, ada yang mengaitkan dengan kerjayanya sebagai seorang ‘Forex trader’ dimana hukumnya haram.


Sementara itu, ada yang mempersoalkan kembali baru-baru ini Opai bersama isterinya dikatakan ke konsert penyanyi dan komposer popular dari India, AR Rahman. Tidak kurang juga, ada yang mengatakan suami kepada Fatin itu hanya melawak sahaja.


bottom of page